Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: Review : Polis Evo

Monday, October 19, 2015

Review : Polis Evo


Assalamuaikum and hye uolls
Mesti korang tertanya-tanya kenapa Nonie update entry pasal Polis Evo kan. Well, balik je rumah, ada abang tanya and bila kawan2 tanya "Dah tengok polis Evo ke ? " Mesti jawapan nya, "ohh, yeke." Dah 2kali Nonie tengok wayang cerita nie. Rasa memang nak tengok lagi. Tapi bila dah stay at home nie mesti susah nak keluar. Nak ajak kawan2 keluar, diorang semua tengah final exam season. Lama nak menunggu diorang. Nak suruh abang bawak, tunggu my sister in law datang sini. Aduh, memang payah.

2kali tuh Nonie tengok dekat One Segamat. Belajar dekat sana, bila free time kita memang outing. Hobi Nonie memang kaki jalan. Berkeluar jalan sakan lah kita.

Kali nie Nonie update pasal filem. Takpernah Nonie update entry pasal filem tau. Tiba2 dapat idea nak share sebab dah tengok 2kali tuh. Pertama kali, tengok dengan classmate. Second time, tengok dengan akak2. Thanks kak Naqiah sebab belanja tengok filem nie lagi.




Sinopsis Polis Evo
Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?


Ada Shaheizy Sam and Zizan tuh. Mesti lah suka and berkobar-kobar nak tengok filem nie. Semua orang happy tengok nie. Ada scene yang mencuit hati. Terutama watak inspektor serious and badan sado yang berasal dari Kuala Lumpur, satu lagi inspektor kelakar yang berasal dari Terengganu. Mereka sangat memberikan kerjasama yang baik walaupun mula2 ada perbezaan di antara mereka. Nonie salute tengok filem nie. Nama pun polis mesti ada pistol and aksi2 yang sangat mengagunkan. Bila tengok Nora Danish berlakon sebagai adik Inspektor Sani yang bernama Anis. Inpektor Khai terpikat dengan Anis tuh. Serious, keseluruhannya memang best. Filem paling best pada tahun 2015. Masih di pawagam lagi. Lama tuh. 

Yang paling Nonie salute watak penjahat tuh memang MENJADI, AWESOME AND REAL. Fuhh, terbaik ! Kalah watak penjahat di filem lain. Diorang nie memang penjahat evo. 


Rugi siapa belum tengok nie. Mesti kena tengok. Filem paling MeleTOP nie. Paling Gempak. Support filem tempatan kita. 













Teruskan membaca post saya

No comments: