Nonie Aznida : Gadis Berkaca Mata: November 2015

Monday, November 30, 2015

Kini Kembali Menaip Blogger

Assalamuaikum and hye uolls
Rindu nak menaip blogger ini. Maklumlah sekarang ini busy nak fokuskan pelajaran di universiti. Nonie sekarang ambik Diploma Pengajian Perbankan. Alhamdulliah, ramai yang mendoakan Nonie supaya belajar banking. Sebenarnya, hati ini nak ambik Accounting tapi Nonie sedar yang Nonie tak mampu ambik course itu.

Bila teringat balik masa pra diploma yang lepas, rindu dengan classmate, akak2 roomate dulu. Mengenang kenangan silam. Masih terasa lain di hati sebab tiada diorang berada di sisi Nonie. Kita kena biasakan diri dengan benda baru. Barulah kita dapat teruskan hidup untuk mencapai matlamat dan cita-cita yang kita inginkan.

Second intake ini, ramai yang ambik Banking. Hampir semua wing aku ambik course tuh. Walaupun lain kelas, kita boleh share and study sama2.

Tiba2, tengah malam terasa nak update blog. Bak kata akak ipar, Nonie nak jadi keknis yang kedua. Sebab dulu keknis update blog masa dia study di uitm.. Hehe

Itu sajalah yang mampu aku update. Esok ada kelas. Kena tidur cepat and bangun awal.
Sekian.















Teruskan membaca post saya

Monday, November 16, 2015

Dilwale, Tak Sabar Nak Tengok

Assalamuaikum and hye uolls
Pada tengah malam ini, tiba2 niat nak update pasal filem ini.
Tengah hari tadi buka Youtube. Ternampak Dilwale Trailer yang tengah famous sekarang nie.
Nonie pun buka dengan hati yang riang
sebab ada Shah Rukh Khan and Kajol.
Memang minat sangat dengan diorang nie.
Sejak filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995).
Masa tahun tuh, Nonie belum lahir. Nonie lahir pada 1997.
Dah 20tahun weyh. Taksangka kan.

Nonie nak share pengenalan filem Dilwale
Tajuk filem Dilwale, dalam bahasa inggeris adalah "The Big Hearted"
Pelakon utama mesti Shah Rukh Khan and Kajol, Varun Dhawan dan Kriti Sanon.
Tarikh yang akan ditayangkan ialah 18 Disember 2015.
Tinggal bulan depan je.
Nonie tak tahu nak taip banyak2 pasal ini. Yang penting, bulan depan nak tengok jugak.

Image result for sinopsis dilwale 2015


Jom kita tengok Dilwale Trailer dekat bawah.
















Teruskan membaca post saya